A) NEGARA SUMBER YANG DIBENARKAN
Indonesia
Thailand
Kemboja
Filipina
Sri Lanka
India
Vietnam
Laos
Nepal
B) SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
BAKAL PEMBANTU RUMAH ASING (PRA) MESTILAH:
Jantina : Perempuan sahaja
Umur : tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tahun permohonan
Disahkan sihat oleh pusat-pusat perubatan yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan di negara asal PRA.
Berada di negara asal semasa permohonan.
Masuk/datang ke Malaysia menggunakan Visa Dengan Rujukan (VDR) yang diambil di pejabat perwakilan Malaysia di negara asal PRA.
Disahkan lulus IMMIGRATION SECURITY CLEARANCE (ISC) yang dibuat di negara sumber.
Bebas daripada senarai syak dan senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia
C) SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MAJIKAN
Berstatus Warganegara atau Penduduk Tetap.
Majikan terdiri daripada suami dan isteri dan mempunyai:
a) Anak berumur bawah 15 tahun ATAU
b) Anak kelainan upaya (tiada had umur);
c) Majikan/ pasangan majikan yang sakit/ uzur;
d) Ibu bapa yang sakit/uzur; atau
e) Ahli keluarga terdekat yang uzur/ sakit (adik beradik, datuk atau nenek sahaja)
Majikan mestilah bekerja dan hanya satu (1) Pembantu Rumah Asing (PRA) yang layak dipohon untuk satu keluarga.
Berikut merupakan kelayakan gaji majikan untuk mengambil PRA mengikut negara sumber dan bayaran sita :
6. Majikan TIDAK LAYAK memohon jika diisytiharkan muflis oleh pihak berkuasa atau berada di dalam senarai syak/ senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia.
7. Majikan beragama Islam dibenarkan menggaji PRA beragama Islam sahaja.
8. Bagi permohonan PRA kedua dan seterusnya, majikan mestilah:
a) Mempunyai alasan yang kukuh (disertakan bukti dokumen) ; DAN
b) Mempunyai pendapatan bersih sebagaimana jadual berikut
D) DOKUMEN YANG DIPERLUKAN PERMOHONAN PEMBANTU RUMAH ASING
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA):
Borang permohonan PRA
Borang IM 12. (Permohonan PLKS)
Borang Personal Bond yang dimatikan setem RM10.00
Perjanjian Pekerjaan (KONTRAK KERJA) di antara majikan dan PRA yang dimatikan setem RM10.00 (1 set asal dan 1 set salinan)
Salinan kad pengenalan majikan (suami dan isteri)
Salinan pasport PRA
Laporan perubatan bakal PRA dari negara asal oleh panel yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Bukti pendapatan tetap suami isteri:
a) Penyata KWSP dan slip gaji (3 bulan terkini) ATAU
b) Borang e-BE/ Penyata LHDN yang disah terima beserta slip bayaran
Sijil perkahwinan (bagi permohonan kali pertama sahaja)
Dokumen sokongan mengikut keperluan:
a) Sijil kelahiran anak yang berumur bawah 15 tahun;
b) Salinan kad pengenalan ibu/ bapa atau ahli keluarga terdekat;
c) surat pengesahan doktor dari klinik pakar swasta/ hospital kerajaan
1) PERMOHONAN DI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
Majikan perlu mengisi borang yang diperlukan untuk memohon PRA (boleh dimuat turun pada kolum ” Dokumen Yang Diperlukan Permohonan Pembantu Rumah Asing(PRA)” dan menyediakan segala dokumen sokongan yang diperlukan dengan lengkap.
Permohonan bagi PRA boleh dibuat di semua Pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat majikan.
Permohonan pengambilan PRA boleh dikemukakan melalui 2 cara iaitu :
Permohonan dikemukakan oleh Majikan sendiri (Permohonan Individu) KECUALI permohonan INDONESIA DAN FILIPINA.
Permohonan dikemukakan oleh Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mengikut alamat majikan.
Semasa penyerahan, borang permohonan mestilah lengkap dan sebarang permohonan yang tidak mengemukakan dokumen yang lengkap/tidak layak akan ditolak daripada diproses
Majikan/agensi perlu membawa dokumen asal untuk tujuan pengesahan.
2) PENGELUARAN VISA DENGAN RUJUKAN (VDR) DI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA DAN SEBELUM KEMASUKAN PRA KE MALAYSIA
Setelah permohonan untuk mendapatkan PRA diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, majikan perlu membuat bayaran levi, visa, proses dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PL(KS)) sebelum mendapatkan Visa Dengan Rujukan (VDR) akan dikeluarkan bagi membolehkan PRA memasuki Malaysia.
Sila rujuk kolum “Bayaran Untuk Permohonan PRA” untuk jumlah bayaran.
Setelah bayaran dibuat, VDR akan dikeluarkan dalam 3 salinan kepada pihak majikan untuk diberikan kepada :
Pejabat Kedutaan negara asal PRA di Malaysia
Pejabat Perwakilan Malaysia di negara asal PRA di mana visa akan dipohon.
Salinan untuk simpanan majikan
Satu salinan tambahan untuk permohonan melalui agensi
Setelah mendapat VDR, PRA perlu mendapat visa di Pejabat Perwakilan Malaysia di negara asal PRA berkenaan SEBELUM masuk ke Malaysia.
Setelah mendapat visa, PRA boleh masuk ke Malaysia melalui mana-mana pintu masuk yang dibenarkan.
3) SELEPAS KETIBAAN PRA DI MALAYSIA
Majikan/ agensi pekerjaan dikehendaki menunggu dan menjemput PRA berkenaan di pintu masuk berkenaan.
Pegawai Imigresen di pintu-pintu masuk yang dibenarkan akan memberikan Pas Khas untuk tempoh 30 hari bagi majikan melaporkan kehadiran PRA berkenaan di Pejabat Imigresen yang meluluskan VDR berkenaan.
Dalam tempoh 30 hari daripada tarikh ketibaan PRA, majikan/agensi perlulah memastikan PRA menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik yang berdaftar dengan FOMEMA Sdn. Bhd. dalam kadar segera.
4) ENDOSEMEN PAS LAWATAN KERJA SEMENTARA (PL(KS)) BAGI PRA DI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA SETELAH PEMERIKSAAN KESIHATAN PRA
PRA DISAHKAN SIHAT (FIT) OLEH KLINIK YANG BERDAFTAR DENGAN FOMEMA
Setelah mendapat keputusan pemeriksaan kesihatan, majikan perlu membawa salinan pasport PRA serta Laporan Pemeriksaan Kesihatan FOMEMA PRA untuk mendapatkan endorsemen Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) di Pejabat Imigresen yang mengeluarkan VDR dalam tempoh 30 hari daripada tarikh ketibaan PRA di Malaysia.
Pas Lawatan Kerja Sementara (PL(KS)) adalah pas kerja yang akan diluluskan untuk tempoh 12 bulan bagi PRA disahkan sihat oleh klinik yang berdaftar dengan FOMEMA Sdn. Bhd.
Tempoh PL(KS) akan bermula pada tarikh kemasukan PRA ke Malaysia dan berkenaan dibenarkan bekerja sehingga tarikh akhir yang tercatat pada pelekat PL(KS) berkenaan.
PRA hanya dibenarkan bekerja dengan majikan dan tempat kediaman sebagaimana yang tercatat di dalam PL(KS) berkenaan.
PRA DISAHKAN TIDAK SIHAT (UN-FIT) DAN GAGAL PEMERIKSAAN KESIHATAN OLEH KLINIK YANG BERDAFTAR DENGAN FOMEMA
Sekiranya PRA telah disahkan tidak sihat dan gagal pemeriksaan kesihatan oleh klinik yang berdaftar dengan FOMEMA, PRA tidak dibenarkan untuk bekerja di Malaysia dan perlu dihantar balik ke negara asal.
Majikan perlu hadir ke Pejabat Imigresen yang mengeluarkan VDR dalam tempoh 30 hari daripada tarikh ketibaan PRA di Malaysia untuk memaklumkan kepada pihak Imigresen dan mendapatkan Memo Periksa Keluar (Check Out Memo) untuk menguruskan penghantaran pulang PRA ke negara asal.
Majikan boleh membuat permohonan Memo Periksa Keluar (e-COM) secara dalam talian melalui capaian https://imigresen-online.imi.gov.my/plks/mainMajikan perlu memiliki ID berdaftar (menggunakan ID e-PLKS) untuk mengakses kemudahan ini secara dalam talian.
SYARAT BAHARU PEKERJA DOMESTIK INDONESIA (PDI) / PRA SELARAS MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA KERAJAAN REPUBLIK INDONESIA DENGAN KERAJAAN MALAYSIA MENGENAI PENGGAJIAN DAN PERLINDUNGAN PEKERJA DOMESTIK INDONESIA.
Kos Kemasukan PDI / PRA melalui Agensi Pekerjaan yang dilantik sebanyak RM 15,000.00 (maksimum)
Kelayakan majikan untuk menggajikan PDI
Pendapatan isi rumah sebanyak RM 7,000.00
Bilangan maksimum isi rumah seramai 6 orang
Kategori PDI yang dibenarkan
Menjaga rumah & memasak (Housekeeper & Family Cook)
Menjaga anak (Child Caretaker)
Menjaga orang tua (Elderly Caretaker)
Permohonan HENDAKLAH melalui Agensi Pekerjaan Swasta (APS) dan Indonesia Placement Agency (IPA) sahaja
Gaji minimum bagi PDI RM 1,700.00 sebulan
Kontrak pekerjaan yang DISAHKAN oleh Kedutaan Besar Pekerjaan Republik Indonesia (KBRI)
Majikan dibenarkan untuk mendapatkan gantian PDI/PRA yang baharu berdasarkan kategori berikut :
G) PROSIDUR LANJUTAN PAS LAWATAN KERJA SEMENTARA (PLKS) BAGI PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
Majikan boleh membuat permohonan lanjutan PLKS secara atas talian di portal Sistem e-PLKS@JIM dipautan https://imigresen- online.imi.gov.my/plks/main seawal 3 bulan sebelum tamat tempoh PLKS.
Permohonan lanjutan boleh dilakukan majikan sendiri atau melantik mana-mana Agensi Pekerjaaan Swasta (APS) yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dipautan https://jtksm.mohr.gov.my/ms/perkhidmatan/penggajian-
pekerja-asing
PRA perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik berdaftar dengan doktor perubatan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta disahkan sihat sebelum permohonan lanjutan dihantar secara atas talian.
PRA yang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ialah PRA yang berada di tahun 1, 2, 3 dan bagi permohonan lanjutan ke tahun yang ganjil seperti contoh lanjutan untuk tahun ke 5, 7, 9, 11, 13 dan selanjutnya.
Bayaran untuk lanjutan merangkumi bayaran levi, bayaran visa mengikut jenis dan warganegara PRA, bayaran proses dan bayaran untuk PLKS. Sila rujuk kolum “Bayaran Untuk Permohonan PRA” untuk jumlah bayaran.
Majikan perlu memastikan permohonan lanjutan dibuat dalam tempoh 3 bulan SEBELUM tamat tarikh PLKS dan tempoh sah laku pasport PRA adalah TIDAK KURANG daripada 12 bulan.
Bayaran lanjutan perlu dilakukan secara atas talian selepas kelulusan dilakukan.
Majikan tidak perlu hadir ke Pejabat Imigresen bagi cetakan pelekat PLKS PRA. Majikan boleh mencetak sendiri e-PASS selepas 3 hari bayaran dibuat.
Syarat kelayakan Majikan untuk lanjutan PLKS bagi PRA
Majikan terdiri daripada suami dan isteri dan mempunyai:
Anak berumur bawah 15 tahun ATAU
Ibu bapa yang sakit/uzur.
Majikan mestilah bekerja dan hanya satu (1) Pembantu Rumah Asing (PRA) yang layak dipohon untuk satu keluarga.
Mengikut kelayakan gaji majikan mengikut negara sumber dan bayaran sita.
H) PROSIDUR PENAMATAN PAS LAWATAN (KERJA SEMENTARA) BAGI PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
e-COM adalah dokumen yang diperlukan sebagai permohonan penghantaran pulang PRA ke negara asal. boleh dikeluarkan atas sebab :
Majikan ingin menamatkan perkhidmatan PRA ;
PRA tidak mahu lagi bekerja dengan majikan kerana ingin pulang terus ke negara asal;
PRA gagal pemeriksaan kesihatan (unfit)
Majikan perlu membuat permohonan Memo Periksa Keluar (e-COM) secara atas talian di portal Sistem e-PLKS@JIM dipautan https://imigresen- online.imi.gov.my/plks/main
Dokumen yang perlu dimuat naik bagi permohonan e-COM adalah :
Salinan muka hadapan pasport (Biodata PRA) ;
Salinan PLKS Terkini ;
Tiket pulang ke negara asal (tarikh tiket mestilah dalam tempoh 30
hari dan tidak melebihi dari tamat pas) ; dan/ atau
Pas Khas (e-SP) jika PLKS telah tamat tempoh (jika berkaitan)
Majikan hendaklah memastikan PRA pulang pada tarikh yang ditetapkan melalui Pintu Keluar yang dimohon seperti didalam e-COM.
Sekiranya majikan tidak memohon e-COM, PRA tersebut masih dianggap bekerja dengan majikan dan majikan masih bertanggungjawab terhadap PRA berkenaan.
I) PROSIDUR TUKAR MAJIKAN BAGI PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
PRA dibenarkan bertukar majikan sekiranya PRA tidak sesuai bekerja dengan majikan dalam TAHUN PERTAMA PL(KS) PRA sahaja.
Majikan lama perlu memberi persetujuan bertulis bagi membolehkan PRA bertukar ke majikan baru yang layak menggaji PRA dengan mengisi Lampiran A.
Sekiranya majikan dan pasangannya bercerai, Jabatan Imigresen Malaysia berhak memindahkan nama majikan PRA berkenaan kepada isteri atau majikan baru yang lebih berkelayakan.
Sekiranya majikan atau pasangannya meninggal dunia, maka majikan atau pasangan atau warisnya diminta melaporkan kepada Jabatan untuk tujuan pengesahan status majikan baru PRA berkenaan.
J) PROSIDUR LAPORAN PEMBANTU RUMAH ASING (PRA) MELARIKAN DIRI DARIPADA MAJIKAN
PRA boleh dikategorikan sebagai lari daripada majikan dalam keadaan berikut :
PRA meninggalkan rumah majikan dengan membawa semua barangan peribadi PRA tanpa memaklumkan kepada majikan dengan tujuan melarikan diri.
PRA tidak kembali ke rumah majikan pada tarikh yang dipersetujui setelah balik ke negara asal.
Majikan perlu hadir ke Pejabat Imigresen untuk melaporkan PRA lari daripada majikan.
Majikan perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut bagi membatalkan PL(KS) PRA bagi kes lari :
Surat permohonan membatalkan Pas Lawatan (Kerja Sementara) PL(KS) Pembantu Rumah Asing (PRA) yang melarikan diri.
Salinan kad pengenalan majikan
Salinan pasport PRA yang melarikan diri.
Borang Laporan Pekerja Asing Melarikan Diri dari Majikan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Salinan laporan polis yang disahkan.
PRA yang melarikan diri daripada majikan akan disenaraihitamkan.
Majikan dikehendaki menjelaskan wang jaminan/sita pada kadar personal bond mengikut warganegara yang telah ditandatangani semasa permohonan.
Majikan masih lagi bertanggungjawab terhadap PRA seandainya majikan gagal untuk membuat laporan bagi PRA yang telah melarikan diri daripada majikan.
Majikan tidak boleh membuat tuntutan balik wang jaminan seandainya majikan ingin membuat pembatalan laporan lari bagi kes PRA lari yang telah kembali bekerja dengan majikan yang sama semula.
K) BAYARAN BAGI PERMOHONAN PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
Setelah permohonan diluluskan , majikan perlu menyediakan bayaran secukupnya untuk bayaran levi, PL(KS), visa dan bayaran proses.
Bayaran perlu dibuat di pejabat yang meluluskan permohonan.
Cara bayaran adalah seperti berikut :
Tunai
Bank Draft
Kiriman Wang
Wang Pos
(Personal Cheque adalah tidak dibenarkan)
Bagi bayaran yang dibuat secara bank draf, kiriman wang dan wang pos, bagi ruangan ”Bayaran kepada………………………..” ruangan kosong perlulah ditulis seperti berikut :
“Ketua Pengarah Imigresen Malaysia” jika permohonan diluluskan oleh Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya; atau
”Pengarah Imigresen Negeri ……………………………….” jika permohonan diluluskan oleh Jabatan Imigresen Negeri.
Contoh : ”Pengarah Imigresen Negeri Johor” atau ”Pengarah Imigresen Kuala Lumpur”
Majikan perlu memastikan bahawa nama dan alamat majikan hendaklah ditulis di belakang bank draf, kiriman wang dan wang pos berkenaan.
Berikut merupakan jenis dan jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh majikan bagi permohonan pembantu rumah asing (PRA) :
Berikut merupakan bayaran yang perlu dibayar oleh majikan selepas permohonan diluluskan :
Tahun Pertama : BAYARAN = (Levi) + (PL(KS)) + (Proses)
Contoh bayaran tahun pertama bagi PRA warganegara Indonesia :
(Levi=RM410)+(PL(KS)=RM60)+( Proses=RM125) = RM595.00
Lanjutan Bagi Tahun Kedua dan selanjutnya :
BAYARAN = (Levi) + (PL(KS)) + (Visa mengikut negara asal PRA) + (Proses)
Contoh bayaran lanjutan tahun kedua bagi PRA warganegara Indonesia :
(Levi=RM410)+(PL(KS)=RM60)+ (Visa=RM15)+( Proses=RM125) = RM610.00
L) TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DALAM MENGGAJI PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
Majikan hendaklah memastikan PRA ditugaskan untuk membuat kerja-kerja rumah sahaja (tidak termasuk cuci kereta).
Majikan wajib menyediakan kemudahan bilik/tempat tinggal yang sesuai kepada PRA lengkap dengan kemudahan asas, makanan yang berkhasiat, rehat secukupnya termasuk waktu tidur.
Majikan bukan Islam yang menggaji PRA yang beragama Islam mestilah menghormati sensitiviti agama PRA dengan membenarkan:
Melakukan ibadah seperti sembahyang 5 waktu
Puasa bulan Ramadhan
Tidak disuruh melakukan kerja-kerja rumah yang bertentangan dengan agama Islam.
Majikan perlu mengambil maklum bahawa perkara berikut adalah TIDAK DIBENARKAN bagi PRA semasa memegang PL(KS). :
PRA tidak dibenarkan berkahwin dengan rakyat tempatan di Malaysia semasa memegang PL(KS).
PRA tidak dibenarkan membuat permohonan Permit Masuk semasa memegang PL(KS).
Memastikan PRA tidak bertukar pekerjaan/sektor atau bertukar majikan tanpa kebenaran dari Jabatan Imigresen Malaysia.
Lanjutan tempoh PL(KS) hendaklah dikemukakan kepada mana-mana Pejabat Imigresen tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat PL(KS).
Untuk tujuan lanjutan PL(KS) atau Memo Periksa Keluar, majikan bertanggungjawab:
Menyimpan rekod pembayaran gaji PRA dan menunjukkan kepada pihak Jabatan apabila diminta.
Gaji PRA hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada minggu terakhir setiap bulan.
Rawatan perubatan PRA semasa dalam tempoh PL(KS) adalah di bawah tanggungjawab majikan.
Majikan bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya PRA:
Meninggal dunia
Hilang
Melarikan diri dari tempat sepatutnya dia bekerja.
Majikan atau agensi pekerjaan tidak dibenarkan memukul atau apa-apa perbuatan yang mendatangkan kecederaan kepada PRA.
Majikan hendaklah mendapatkan kelulusan dari jabatan bagi PRA yang memohon berhenti atau diberhentikan atau tamat tempoh pas dengan mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan bagi tujuan penghantaran pulang.
Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai hak membatalkan kelulusan pas yang dikeluarkan.
Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kuasa memindahkan PRA yang dianiaya oleh majikan asal kepada majikan baru yang layak atas dasar kemanusiaan walaupun tanpa persetujuan majikan asal.
Majikan yang ingin membawa PRA bekerja di luar negara dikehendaki memaklumkan kepada pejabat perwakilan negara asal PRA berkenaan di Malaysia.
Majikan yang telah diberi kelulusan PRA tetapi gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan disenaraihitamkan daripada mendapat kemudahan PRA.