NOTA PENTING :
HALAMAN INI HANYA UNTUK RUJUKAN MAJIKAN SAHAJA. PIHAK IMIGRESEN HANYA BERURUSAN DENGAN MAJIKAN SAHAJA.
Program Rekalibrasi Tenaga Kerja merupakan suatu program khas untuk meregularisasikan PATI di negara ini sebagai pekerja asing yang sah digajikan oleh majikan yang layak tertakluk kepada syaratsyarat ketat yang diputuskan oleh Kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).
SEKTOR YANG DIBENARKAN
Syarat kelayakan majikan adalah seperti berikut:
SYARAT KELAYAKAN PATI (PENDATANG TANPA IZIN)
Syarat kelayakan PATI adalah seperti berikut:
PERMOHONAN / PROSES KERJA PROGRAM REKALIBRASI TENAGA KERJA
Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Jabatan Imigresen (JIM) https://imigresen-online.imi.gov.my/myimms/main (Majikan daftarkan maklumat PATI secara online)
Penetapan tarikh temujanji (STO)
Majikan hadir bersama PATI
Sekiranya lulus, kelulusan oleh Jabatan Imigresen Malaysia akan dikeluarkan
Pemeriksaan kesihatan FOMEMA dijalankan
Sekiranya lulus, majikan perlu membayar di rekalibrasi Visa, PLKS, pemprosesan dan levi.
Setelah mendapat kelulusan muktamad, majikan boleh mencetak PLKS.
PERMOHONAN VERIFIKASI RTK
Majikan perlu mengemukakakn Slip Portal Pendaftaran RTK 2.0 dan senarai pekerja kepada e-mel rekalibrasiv2@imi.gov.my
MAJIKAN PERLU MEMBAWA DOKUMEN ORIGINAL DAN SALINAN SEPERTI BERIKUT SEMASA HADIR VERIFIKASI BERSAMA PEKERJA:
Slip Portal Pendaftaran RTK 2.0
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Kad pengenalan majikan
Sekiranya wakil, surat wakil beserta kad pengenalan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini 3 bulan bagi wakil
E-mel dan nombor telefon
Bagi sektor pembinaan perlu lampirkan dokumen Letter of Award (LoA) yang telah dimatikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), slip bayaran levi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan kontrak kerja yang telah dimatikan setem hasil.
Bagi sektor pencucian perlu dilampirkan dokumen Letter of Award (LoA) dan telah dimatikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Hadir mengikut slot janji temu dan jumlah PATI yang dipohon janji temu. Sekiranya lebih perlu mohon janji temu lain.